Dalam Digital Marketing Matrix Ni, Ada 3 Types Of Media Yang Kita Perlu Ambil Kira


twitter thread from




Dalam digital marketing matrix ni, ada 3 types of media yang kita perlu ambil kira.

1. Earned.
2. Paid.
3. Owned.

Yang paling menarik & impactful bagi saya adalah earned media.

[THREAD]

Kenapa earned media ni menarik?

Sebab earned media ni is not controlled by us.

So it looks legit, genuine & lebih impactful kepada decision yang akan dibuat oleh customer kita.

Contoh earned media?

– Review sites
– Media coverage (free)
– Social media shoutout (free)

Walaupun benda ni kita tak boleh kawal sepenuhnya, tapi kita boleh plan agar probability benda tu terjadi meningkat.

Ni antara insight menarik untuk review sites.

– 48% je yang akan consider untuk gunakan/beli daripada bisnes yang dapat rating 4⭐ kebawah
– 12% pulak hanya akan guna/beli daripada bisnes dengan rating 5⭐

Haaa, siapa bukak kedai makan, penting gila weh google review tu. Dalam digital marketing matrix ni, ada 3 types of media yang kita perlu ambil kira

Bukan setakat kedai makan je, kedai2 lain pun sama.

Business offline ni, google review tu akan sangat memberi impact kepada bisnes kita.

Sebab most of our customer akan search dulu kedai/brand kita dekat google before buat decision untuk beli daripada kita.

So apa yang kita perlu buat ni?

Guidelah customer untuk tinggalkan review untuk kita.

Kalau kita ada kedai makan, restoran, mintak customer untuk review kedai kita dekat Google and in return bagilah diorang free beverages ke, dessert ke.

Ada satu kedai soya ni bagi free taufufa je kalau customer review diorang punya kedai.

Resultnya?

Dia dapat lebih 200 review dalam masa sebulan!

Berapa sangat kos taufufa tu nak dibandingkan dengan impact review tu kepada new customer.

Kalau korang jual produk fizikal/servis, minta juga jasa baik customer korang untuk bagi review dekat google.

Print QR siap2 untuk mudahkan diorang scan & tinggalkan review.

Lepas diorang review, bagilah voucher for next purchase. Dah secure diorg for next purchase dah.

Kalau jual online macam mana?

Dalam parcel tu, sediakan sekali kad/flyers untuk mintak diorang review business kita either dekat google ataupun dekat marketplace yg diorang beli.

Simple gesture tapi sangat berkesan.

Banyak lagi benda yang nak dikongsikan untuk earned media ni.

Insya-Allah esok saya akan kongsikan untuk 2 lagi point: media coverage & social media shoutout.

Yang social media shoutout tu menarik.

Kalau ada apa2 soalan, boleh je reply or DM saya. Nnt saya reply.

Leave a Reply

Your email address will not be published.